Wednesday, April 30, 2014



RAMUAN UTAMA KAPSUL DANSHEN PLUS

Tasly Danshen Plus berasal dari rumusan herba Cina. Ia dirumuskan dengan pelbagai ramuan herba tradisional Cina yang boleh menjadi penawar mujarab pelbagai penyakit kronik seperti sakit jantung, kanser,  kencing manis, darah tinggi, strok dan sebagainya. Pengambilannya yang berterusan juga dapat membantu mencegah dari serangan jantung dan penyakit jantung koronari.
Setelah dijalankan kajian klinikal dan berbagai eksperimen saintifikselama sebelas tahun, maka Tasly  Danshen Plus dapat dibuktikan mampu memberikan kesan yang luar biasa dalam melindungi fungsi normal saluran darah endothelium. Ia juga membuktikan bahawa pengambilan Tasly Danshen Plus yang berterusan boleh mengurangkan kemungkinan terkena serangan jantung dan penyakit kardiovaskular.
Kajian menunjukkan bahawa Tasly Danshen Plus  mampu melegakan ​​kesakitan serta-merta kepada pesakit sebanyak 40.2% dan mampu menghentikan angina pektoris (sakit dada akibat serangan jantung) dalam 3 hingga 8 minit pada pesakit sebanyak  48%. Jika diambil secara sublingual (letak bawah lidah), akan meningkatkan kadar keberkesanannya lebih daripada 88%.
Selain itu, aplikasi klinikal mendedahkan bahawa Tasly Danshen Plus memberikan kesan secepat  seperti GTN (ubat jantung yang dibekalkan oleh hospital - diletakkan di bawah lidah jika terkena serangan jantung).

Oleh yang demikian 
Tasly Danshen Plus juga boleh digunakan sebagai penawar jantung ketika kecemasan (semasa serangan jantung) untuk melegakan kesakitan serta-merta, sekaligus boleh membantu menyelamatkan nyawa mangsa serangan jantung. 


Terdapat 6 fungsi utama Kapsul Danshen Plus:
1. Merawat Penyakit Jantung Koronari (CHD). Tasly Danshen Plus mempunyai fungsi anti-penggumpalan platelet. Selain itu, ia juga berkesan ke atas pengurangan kolesterol dan trigliserida, pengurangan kepekatan darah, meningkatkan mikro-peredaran, anti-pengoksidaan, penyingkiran radikal bebas, menjaga otot jantung dan sebagainya. Fungsi utamanya adalah menjadi penawar dan merawat penyakit jantung koronari.

2. Melindungi daripada Strok. Infaksi otak dikenali sebagai 'strok otak'. Ia terjadi apabila gumpalan darah beku menyekat peredaran darah didalam saraf otak. 
Tasly Danshen Plus sangat berkesan untuk memperbaiki peredaran darah dengan menyingkirkan stasis darah. Aplikasi klinikal menunjukkan panggunaan Tasly Danshen bersama rawatan lain dapat membantu menyembuhkan pesakit strok.

3. Membersihkan saluran darah dan melindungi 'mikro peredaran' (microcirculation) yang dianggap sebagai jantung kedua. 'Mikro peredaran' merupakan peredaran darah antara kapilari arteriol dan venul. Tempat ini merupakan tempat berlakunya pertukaran nutrien antara darah dan sel tisu, juga bertindak membawa oksigen dan nutrien ke segenap tubuh badan serta membawa keluar hasilan metabolik. Kajian Fakulti Perubatan Universiti Keio, Jepun telah menunjukkan bahawa 
Tasly Danshen Plus mempunyai kesan positif ke arah menyelesaikan masalah mikroperedaran.

4. Merendahkan paras kolesterol dan mengurangkan plak daripada arterosklerosis. 
Tasly Danshen Plus mempunyai fungsi terhadap pengurangan paras lipid darah terutamanya kolesterol. Sebahagian kejian telah dijalankan dan mendapati Tasly Danshen Plus membantu dalam menurunkan kepekatan darah, menurunkan paras kolesterol dalam darah dan juga mengurangkan ketebalan intima-media carotid (IMT).

5. Memperbaiki keadaan penyakit mata dan masalah fungsi ginjal yang berkaitan dengan kencing manis. Retinopati dan renopati diabetic adalah disebabkan oleh masalah kapilari pesakit diabetes. Kedua-duanya adalah kombinasi saluran darah mikro yang paling umum yang disebabkan diabetes. 
Tasly Danshen Plus mempunyai kesan keatas perubahan rheologi darah, anti-ion kalsium, pengurangan paras trigliserida dan kolesterol. Dengan itu, Tasly Danshen Plus amat disarankan untuk penghidap diabetes.

6. Melindungi sel hati. Tabiat pengambilan alkohol dan makanan berminyak akan mengakibatkan mikro-peredaran hati terhalang dan mengakibatkan masalah hati. Pesakit akan mengalami masalah nutrisi dan diikuti dengan rasa tidak selesa di sekliling hati dan menjadikan pesakit kurang selera makan. Penggunaan 
Tasly Danshen Plus selama 3 bulan dapat mengembalikan fungsi hati yang normal dan memulihkan hati yang rosak.





Siapakah yang perlu guna Tasly Danshen Plus ini !!

Mereka yang sudah disahkan mengalami Sakit Jantung Koronari (CHD) oleh pakar perubatan kardiovaskular.
Mereka yang sudah ada simpthon atau tanda-tandaSakit Jantung Koronari (CHD) seperti di bawah.
Mereka yang sudah menjalani  stent, angiogram atau pembedahan by-pass kerana bimbang ianya berulang.
Mereka yang bimbang akan pergi ke arah itu kerana ada masalah berat badan, stres, perokok tegar dan lain-lain.
Mereka yang sihat tetapi ingin menjalankan  langkah pencegahan dari awal  sekaligus menjimatkan kos.
"Prevention is better than cure"


Simptom atau tanda-tanda diserang sakit jantung
  1. Rasa tidak selesa pada dada seolah-olah ada sesuatu menekan.
  2. Berdebar-debar (denyutan jantung yang tidak teratur, atau "flip-flop" perasaan di dada).
  3. Rasa sakit ini kadang-kadang menular ke leher semacam tercekik.
  4. Rasa lenguh dan kebas pada lengan terutama ketika melakukan sesuatu aktiviti seperti memandu, buat kerja dan lain-lain.
  5. Sesak nafas atau sukar bernafas semacam ada sesuatu yang menikam dada.
  6. Pedih perut seperti ada angin atau menghidap gastrik.
  7. Kepala berpusing
  8. Badan lemah serta berpeluh sejuk.
  9. Kelemahan, kelesuan atau pening.
  10. Loya dan kadang-kadang berpeluh-peluh.
  11. Di peringkat awal kadang-kadang ada rasa kebas pada kaki dan tangan, rasa berdebar-debar tanpa sebab, rasa menyucuk  halus di sebelah kiri dada dan lubang tengkok.






Ada lima (5) sebab kenapa kita perlu mendapatkan dan menggunakan Tasly Danshen Plus ini terutama lima (5) golongan di atas.



Buku kajian klinikal "Danshenform" setebal 254 mukasurat yang dijalankan oleh 382 pakar perubatan kini menjadi rujukan pakar dan pegawai perubatan terutama dalam bidang perubatan kardiovaskular (jantung). Kajian dalam buku ini membuktikan Tasly Danshen Plus sangat berkesan dan mempunyai kesan yang baik untuk menjaga jantung kita.  Enam (6) fungsi Tasly Danshen Plus seperti yang dijelaskan di atas, semuanya terkandung di dalam buku"Danshenform" ini. 

   





Halaman 59 -  71  buku ini  menunjukkan antara 80 - 90% lebih keberkesanan ujian klinikal yang dijalankan ke atas pesakit jantung koronari (CHD)



Halaman 94  buku ini  menunjukkan Tasly Danshen Plus ini ada empat (4) sifat:
1. Cepat bertindak (quick acting)
2. Sangat berkesan (highly efficient)
3. Selamat (safe)
4. Tidak ada kesan sampingan (free of side-effects)




Aplikasi klinikal juga menunjukkan Tasly Danshen Plus dapat memberi kesan segera seperti nitrogliserin.
Oleh itu Danshen Plus boleh digunakan semasa kecemasan.
Contohnya seorang yang diserang sakit jantung insyallah boleh memberhentikan angina pektoris (sakit dada akibat serangan jantung) dalam masa 3 - 8 minit dengan pengambilan 
Tasly Danshen Plus secara sublingual (letak bawah lidah).


Terlalu banyak maklumat tentang Tasly Danshen Plus di dalam buku ini. Sangat sesuai menjadi bahan pembacaan dan kajian bagi mereka yang berminat dan memerlukan maklumat lanjut tentang penyakit kardiovaskular dan rawatannya dengan Tasly Danshen Plus khususnya pegawai perubatan, pengedar Tasly Danshen Plus dan lain-lain.
    







Dr. Mohd Yusly Mohamad Yusoff
Kuala Kubu Bharu
Dr. Mohd Yusli,
Poliklinik Keluarga
Kuala Kubu Bharu
Dr Yusly dengan Pakar Jantung Dari India Dr Mohan Dass

Saya diperkenalkan dengan Tasly Danshen Plus oleh En. Abdullah (seorang ahli farmasi negara). Awalnya saya mengakui kurang yakin dengan produkTasly disebabkan jenamanya yang tidak pernah didengari, harganya yang murah serta kualiti produk yang belum teruji. Persepsi saya mula berubah setelah meneliti buku kajian klinikal yang diringkaskan oleh 382 pengkaji dalam buku Danshenform mengenai produk utama Tasly iaitu Kapsul Danshen Plus.
Saya terus mencuba produk Kapsul Danshen Plus ini dan mendapati perkembangan kesihatan saya memberangsangkan. Pergerakan dan pertuturan yang selama ini terbatas mulai beransur pulih setelah mengamalkan produk ini. Ini telah menambah keyakinan saya manjadi pengguna dan pengedar produk Tasly.
Permintaan luar jangkaan daripada pelanggan di klinik menunjukkan peningkatan penggunaan produk Tasly. Perkembangan ini membantu saya menjana lebih keuntungan, hasil jualan tinggi serta menikmati faedah-faedah lain seperti bonus tambahan dan sebagainya.






Abg Joe (Jauhari Husin) 

Seri Kembangan
019 272 7067
Facebook : 
http://facebook.com/jauhari.husin 
Saya terkena serangan jantung ketika keluar bertugas di Muar pada 9 Mac 2012. Ia bermula jam 5.30 pagi. Jam 6.00 pagi saya koma dan dibawa ke Hospital Muar. Saya berada dalam keadaan koma begitu selama 2 hari 2 malam. Setelah sedar, saya ditempatkan dalam wad ICU selama 5 hari sebelum di tempatkan di wad biasa selama 5 hari lagi. Saya disahkan tersumbat 2 saluran darah di jantung, satu saluran tersumbat 100% dan satu lagi tersumbat 99%.  
Saya kemudiannya telah diperkenalkan dengan Tasly Danshen Plus (TDP) yang dikatakan boleh membantu mencuci saluran darah tersumbat seperti saya ini. Setelah mengambilnya 7 hari, TDP telah memberikan tindak balas yang agak agresif kepada jantung saya. Saya merasa menyucuk-nyucuk di dada kiri. Hari berikutnya saya rasa menyucuk di belakang pula. Dan selepas itu saya merasa lega dan kembali seperti biasa. Kini  tahap kesihatan saya semakin pulih dan dapat menjalankan tugas sepertimana sebelum ini.
Jadi, di sini ingin saya berkongsi dengan semua orang, bagaimana Tasly Danshen Plus (TDP) ini berfungsi dan menyelesaikan masalah kesihatan yang kronik. Sepanjang saya mengidap sakit jantung ini, saya belum pernah terjumpa produk yang boleh 'membersihkan saluran darah'. Saya sudah mengambil berbagai jenis ubat dan makanan tambahan tetapi tidak memberikan kesan yang memberangsangkan. 
Saluran tersumbat adalah masalah utama yang perlu diselesaikan supaya peredaran darah anda lancar sehingga anda dapat mengelak daripada penyakit-penyakit merbahaya seperti serangan jantung yang terjadi ke atas saya. Ia datang tanpa diduga dan tanpa apa-apa tanda. Berwaspada lah kita semua.

Memang benar, ajal maut di tangan Allah s.w.t. tetapi  usaha ikhtiar di tangan kita. Saya merasa seolah-olah mati hidup semula. Kini saya berterima kasih kepada Dr. Mohd Yusly, Dr. Kasthury, Dr. Krishnan dan semua rakan  yang membantu saya sehingga ke tahap ini. semoga Allah sajalah yang akan membalas jasa tuan/puan sekelian. 

"Tasly Danshen Plus - penawar jantung terhebat di abad ini"


"Sakit jantung ni mana ada ubatnya. Jawabnya kena buat 'by-pass' jugalah. Paling tidak pun kena buat angiogram
lepas tu kena masukkan belon atau gegelung besi (stent) ... "
Antara ayat-ayat yang menggerunkan kita mendengarnya
terutama mereka yang ada tanda-tanda ke arah itu..


Assalamualaikum wr wb dan salam sejahtera,
Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan berita ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan yang kenaserangan jantung dan penyakit kronik lain seperti strok, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain. Ada yang dimasukkan ke hospital, ada yang bertahan di rumah dan ada juga yang terus meninggal dunia secara tiba-tiba (sudden death).
 Itu semua takdir Allah s.w.t., ajal maut di tanganNya jua, namun sesuatu yang berlaku itu adasebab musabbabnya Kenapa semua itu berlaku, apa penyebabnya, bagaimana kita boleh berusaha menghalangnya?

Kesihatan yang baik adalah anugerah Allah dan salah satu dari nikmat-nikmat Allah yang amat bernilai dalam kehidupan manusia. Sihat bermaksud setiap organ kita berperanan mengikut fungsinya dengan betul. Manalaka Sakit pula ialah apabila ada organ tertentu dalam badan kita tidak berfungsi dengan betul dan melemahkan diri kita.

Namun setiap penyakit yang didatangkan oleh Allah, sudah tentu ada ubatnya.
 Kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Namun ubat hanyalah sebagai sebab musabbab sahaja, bukan penyembuh. Penyembuh yang hakiki adalah Allah azza wa jalla. 
Nabi telah bersabda, Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Sakit Jantung
Sakit yang berkaitan jantung 
dikenali sebagai penyakit kardiovascular. Antara penyakitkardiovascular ialah Choronary Heart Disease (CHD) atau Sakit Jantung Koronari atau juga dikenali sebagai Penyakit Jantung Iskemia (Ischaemic Heart Disease). Ia disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung. Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkan kematian otot-otot jantung dan jika keadaan bertambah teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi dan seterusnya kematian mengejut.
Angina pektoris
Kekurangan bekalan oksigen yang menyebabkan rasa sakit di dada sebelah kiri dinamakanAngina pektoris. Kadangkala terasa sakit di bahagian perut (epigastrik). Serangan angina pektoris boleh berlaku semula apabila kita melakukan aktiviti berat atau ketika mengalami tekanan (stres) kerana pada keadaan tersebut jantung memerlukan oksigen yang tinggi. Bagaimanapun, kesakitan ini akan hilang di dalam masa kurang dari setengah jam apabila kita memberhentikan aktiviti berat dan berehat.

Infarksi miokardia

Kematian otot-otot jantung akibat kekurangan darah yang berterusan kepada jantung dinamakan Infarksi miokardia. Tanda-tanda infarksi miokardia adalah;
  • Sakit dada: Sakit dada biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan merebak ke bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Pesakit biasanya merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan sesuatu benda yang berat sedang menimpa dan menekan ke dada dan kadangkala seolah dada berasa ketat.
  • Sukar bernafas
  • Pening kepala
  • Muntah-muntah
Kematian mengejut boleh berlaku jika tanda-tanda awal angina pektoris atau infarksi miokardia tidak dikawal.
    Ia sebenarnya bermula dari sistem peredaran darah apabila berlaku kegagalan fungsi pada sistem mikro- peredaran (microcirculation)penyumbatan pada saluran darah kita, ditambah dengan hiperlipidemia (kelikatan darah yang tinggi) disebabkan kolesterol atau kandungan gula yang tinggi dalam darah, maka penyakit kronik seperti sakit jantung ini akan bermula dalam hidup kita. Bahkan mikro- peredaran (microcirculation) ini juga dianggap sebagai jantung keduayang menjadi penyebab kepada kemunculan penyakit-penyakit kronik kepada kita.

    Statistik di Malaysia

    Sakit jantung dan penyakit kronik lain tidak mengira usia 

    Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Utusan Malaysia 9 Januari 2011, bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun, iaitu seramai 141 orang  menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun.
    Jumlah tersebut menggambarkan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.
    Lebih membimbangkan, kajian Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Ahmad Syadi Mahmood Zuhdi (Utusan Malaysia, 9 Jan 2011), menunjukkan  pesakit jantung muda semakin meningkatHasil kajiannya terdapat 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawahMalah ada di kalangan mereka menganggap sakit dada sebagai penyakit biasa kerana tidak menyangka ia sebenarnya sakit jantung sebab umur masih muda.
    Jangan biarkan kita termasuk dalam statistik ini. 
    Kini kami bawakan kepada anda Tasly Danshen Plus, yang mendapat jolokan sebagai penawar jantung terhebat di abad ini yang Insyallah dapat menyelesaikan kebimbangan dan kerunsingan kita  berkaitan dengan apa yang kita bincangkan di atas.


    "Tasly Danshen Plus - penawar jantung terhebat di abad ini"
    Oleh itu, teruskan penelitian anda tentang Tasly Danshen Plus yang kini dikenali di peringkat antarabangsa sebagai Innovative Cardiotonic Pill (ICP) ini dalam bingkisan khas di bawah, sehingga anda benar-benar yakin bahawa anda sebenarnya sangat-sangat memerlukannya. 
    Ingat pesan Nabi Junjungan Besar kita;
    "Tiap-tiap penyakit itu (ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
    (Riwayat Muslim dan Ahmad)

        

    Manakala bagi mereka yang berada di Negeri Terengganu khususnya di Daerah Kuala Terengganu dan kawasan-kawsan yang sewaktu dengannya adalah dipelawa untuk memeriksa tahap peredaran darah dalam salur darah (microcirculation) dengan alat  'Microcirculation Observation Equipment' seperti di atas secara percuma.  Sila aturkan temu janji melalui telefon terlebih dahulu.

    Penawar > Hubungi Segera 013-4401019 (KULIM) , 013-5144588 (GEORGE TOWN)