Wednesday, April 30, 2014

"Tasly Danshen Plus - penawar jantung terhebat di abad ini"


"Sakit jantung ni mana ada ubatnya. Jawabnya kena buat 'by-pass' jugalah. Paling tidak pun kena buat angiogram
lepas tu kena masukkan belon atau gegelung besi (stent) ... "
Antara ayat-ayat yang menggerunkan kita mendengarnya
terutama mereka yang ada tanda-tanda ke arah itu..


Assalamualaikum wr wb dan salam sejahtera,
Hampir setiap hari kita dikejutkan dengan berita ahli keluarga, jiran dan rakan-rakan yang kenaserangan jantung dan penyakit kronik lain seperti strok, darah tinggi, kencing manis dan lain-lain. Ada yang dimasukkan ke hospital, ada yang bertahan di rumah dan ada juga yang terus meninggal dunia secara tiba-tiba (sudden death).
 Itu semua takdir Allah s.w.t., ajal maut di tanganNya jua, namun sesuatu yang berlaku itu adasebab musabbabnya Kenapa semua itu berlaku, apa penyebabnya, bagaimana kita boleh berusaha menghalangnya?

Kesihatan yang baik adalah anugerah Allah dan salah satu dari nikmat-nikmat Allah yang amat bernilai dalam kehidupan manusia. Sihat bermaksud setiap organ kita berperanan mengikut fungsinya dengan betul. Manalaka Sakit pula ialah apabila ada organ tertentu dalam badan kita tidak berfungsi dengan betul dan melemahkan diri kita.

Namun setiap penyakit yang didatangkan oleh Allah, sudah tentu ada ubatnya.
 Kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Namun ubat hanyalah sebagai sebab musabbab sahaja, bukan penyembuh. Penyembuh yang hakiki adalah Allah azza wa jalla. 
Nabi telah bersabda, Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
Sakit Jantung
Sakit yang berkaitan jantung 
dikenali sebagai penyakit kardiovascular. Antara penyakitkardiovascular ialah Choronary Heart Disease (CHD) atau Sakit Jantung Koronari atau juga dikenali sebagai Penyakit Jantung Iskemia (Ischaemic Heart Disease). Ia disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung. Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkan kematian otot-otot jantung dan jika keadaan bertambah teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi dan seterusnya kematian mengejut.
Angina pektoris
Kekurangan bekalan oksigen yang menyebabkan rasa sakit di dada sebelah kiri dinamakanAngina pektoris. Kadangkala terasa sakit di bahagian perut (epigastrik). Serangan angina pektoris boleh berlaku semula apabila kita melakukan aktiviti berat atau ketika mengalami tekanan (stres) kerana pada keadaan tersebut jantung memerlukan oksigen yang tinggi. Bagaimanapun, kesakitan ini akan hilang di dalam masa kurang dari setengah jam apabila kita memberhentikan aktiviti berat dan berehat.

Infarksi miokardia

Kematian otot-otot jantung akibat kekurangan darah yang berterusan kepada jantung dinamakan Infarksi miokardia. Tanda-tanda infarksi miokardia adalah;
  • Sakit dada: Sakit dada biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan merebak ke bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Pesakit biasanya merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan sesuatu benda yang berat sedang menimpa dan menekan ke dada dan kadangkala seolah dada berasa ketat.
  • Sukar bernafas
  • Pening kepala
  • Muntah-muntah
Kematian mengejut boleh berlaku jika tanda-tanda awal angina pektoris atau infarksi miokardia tidak dikawal.
    Ia sebenarnya bermula dari sistem peredaran darah apabila berlaku kegagalan fungsi pada sistem mikro- peredaran (microcirculation)penyumbatan pada saluran darah kita, ditambah dengan hiperlipidemia (kelikatan darah yang tinggi) disebabkan kolesterol atau kandungan gula yang tinggi dalam darah, maka penyakit kronik seperti sakit jantung ini akan bermula dalam hidup kita. Bahkan mikro- peredaran (microcirculation) ini juga dianggap sebagai jantung keduayang menjadi penyebab kepada kemunculan penyakit-penyakit kronik kepada kita.

    Statistik di Malaysia

    Sakit jantung dan penyakit kronik lain tidak mengira usia 

    Menurut statistik Kementerian Kesihatan Malaysia dalam Utusan Malaysia 9 Januari 2011, bilangan penghidap penyakit jantung yang baru mencecah sehingga 38,000 orang setiap tahun, iaitu seramai 141 orang  menghidap penyakit jantung koronari bagi setiap 100,000 orang setiap tahun.
    Jumlah tersebut menggambarkan penyakit jantung sebagai penyumbang kematian terbesar di hospital-hospital kerajaan iaitu 7,597 kematian atau sebanyak 16.54 peratus daripada keseluruhan 45,936 jumlah kematian yang dicatatkan pada 2008.
    Lebih membimbangkan, kajian Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Dr. Ahmad Syadi Mahmood Zuhdi (Utusan Malaysia, 9 Jan 2011), menunjukkan  pesakit jantung muda semakin meningkatHasil kajiannya terdapat 20 peratus pesakit jantung terdiri daripada mereka yang berumur 40 tahun ke bawahMalah ada di kalangan mereka menganggap sakit dada sebagai penyakit biasa kerana tidak menyangka ia sebenarnya sakit jantung sebab umur masih muda.
    Jangan biarkan kita termasuk dalam statistik ini. 
    Kini kami bawakan kepada anda Tasly Danshen Plus, yang mendapat jolokan sebagai penawar jantung terhebat di abad ini yang Insyallah dapat menyelesaikan kebimbangan dan kerunsingan kita  berkaitan dengan apa yang kita bincangkan di atas.


    "Tasly Danshen Plus - penawar jantung terhebat di abad ini"
    Oleh itu, teruskan penelitian anda tentang Tasly Danshen Plus yang kini dikenali di peringkat antarabangsa sebagai Innovative Cardiotonic Pill (ICP) ini dalam bingkisan khas di bawah, sehingga anda benar-benar yakin bahawa anda sebenarnya sangat-sangat memerlukannya. 
    Ingat pesan Nabi Junjungan Besar kita;
    "Tiap-tiap penyakit itu (ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
    (Riwayat Muslim dan Ahmad)

        

    Manakala bagi mereka yang berada di Negeri Terengganu khususnya di Daerah Kuala Terengganu dan kawasan-kawsan yang sewaktu dengannya adalah dipelawa untuk memeriksa tahap peredaran darah dalam salur darah (microcirculation) dengan alat  'Microcirculation Observation Equipment' seperti di atas secara percuma.  Sila aturkan temu janji melalui telefon terlebih dahulu.

    No comments:

    Post a Comment