Friday, May 30, 2014

SALURAN DARAH TERSUMBAT MENYEBABKAN BANYAK PENYAKIT

Image
Ramai pesakit setelah lama memakan ubat atau suplimen tetapi penyakit masih juga tidak sembuh, maka mereka akan salahkan ubat yang dimakan. Yang sebenarnya, bukan salah ubat yang dimakan tidak berkesan atau tidak baik, tetapi zat ubat itu sendiri tidak sampai kepada sel-sel yang memerlukan kerana saluran darah yang tersumbat. Lebih teruk lagi apabila kandungan kolestrol dan gula menjadi tinggi, menyebabkan darah cepat menjadi pekat. Bila darah menjadi pekat disamping saluran darah yang menjadi semakin sempit, lama kelamaan saluran darah akan tertutup terus sehingga menyebabkan penggumpalan (atherosklerosis) berlaku di dalam saluran darah. Jika ia berlaku di dalam saluran darah ke jantung, anda akan mengalami serangan jantung. Jika ini berlaku di dalam saluran yg membekalkan darah ke otak, anda akan mengalami strok.

Wednesday, May 21, 2014

Tanda-tanda dan cara kawalan Penyakit Jantung




Antara pembunuh utama di Malaysia selain kencing manis dan tekanan darah tinggi.
Pengenalan

Jantung merupakan organ yang istimewa. Jantung sangat penting untuk kehidupan, jantung berfungsi untuk mengepam darah yang mengandungi oksigen dan nutrien ke seluruh tubuh badan. Jantung yang sihat membolehkan kita hidup bergembira, aktif dan ceria. Jika kita memiliki jantung yang tidak sihat maka kesemua nikmat kehidupan ini akan hilang serta merta. Oleh itu janganlah mengambil mudah tentang jantung kita.  
 
Simptom

Penyakit jantung iskemia (Ischaemic Heart Disease) juga dikenali sebagai penyakit jantung koronari. Penyakit ini adalah disebabkan oleh kekurangan bekalan darah kepada otot jantung. Kekurangan darah yang berterusan kepada jantung akan menyebabkan kematian otot-otot jantung dan jika keadaan bertambah teruk boleh menyebabkan kegagalan jantung untuk berfungsi dan seterusnya kematian mengejut. Antara sindrom penyakit jantung iskemia adalah angina pektoris dan infarksi miokardia. 
   
 
Kesan

Angina pektoris merupakan tanda awal seseorang itu mendapat penyakit jantung iskemia. Tanda-tanda awal angina pektoris adalah rasa sakit di dada sebelah kiri yang disebabkan oleh kekurangan bekalan oksigen. Kadangkala pesakit mengadu sakit di bahagian perut (epigastrik). Serangan angina pektoris boleh berlaku semula apabila pesakit melakukan aktiviti berat atau ketika pesakit mengalami tekanan (stres) kerana pada keadaan tersebut jantung memerlukan oksigen yang tinggi. Bagaimanapun, kesakitan ini akan hilang di dalam masa kurang dari setengah jam apabila pesakit memberhentikan aktiviti berat dan berehat. Infarksi miokardia adalah suatu keadaan di mana sebahagian otot jantung menjadi rosak dan mati akibat dari kekurangan bekalan darah yang teruk ke bahagian tersebut. 

Tanda-tanda infarksi miokardia adalah : 
• Sakit dada biasanya berlaku di sebelah kiri dada dan akan merebak ke bahagian lengan, leher dan bahu kiri. Pesakit biasanya merasa tidak selesa di dada atau merasa seakan-akan sesuatu benda yang berat sedang menimpa dan menekan ke dada dan kadangkala seolah dada berasa ketat. 
• Sukar bernafas 
• Pening kepala 
• Muntah.
   
 
Pencegahan

Senaman merupakan cara paling mudah untuk kita memiliki jantung yang sihat. Dengan hanya berjalan selama 30 minit sehari kita boleh memiliki jantung yang sihat. Aktiviti-aktiviti lain yang boleh juga di amalkan ialah berjoging, berenang, berbasikal dan bersukan. Berkebun dan melakukan kerja-kerja rumah juga boleh menyihatkan jantung anda. 

Senaman boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung : 
• Ia memperkuat dan meningkatkan keupayaan otot-otot jantung serta mengurangkan bebanan pada jantung anda 
• Ia menambah penerokaan pembuluh-pembuluh darah dan seterusnya meningkatkan kemasukan oksigen ke dalam otot-otot jantung 
• Ia meningkatkan paras kolesterol pelindung penyakit jantung yang dikenali sebagai ‘kolesterol berketumpatan tinggi’ (HDL) 
• Ia membantu mengawal berat badan dengan membakar kalori yang berlebihan 
• Ia mengurangkan tekanan darah bagi mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi
• Ia mengurangkan ketegangan yang disebabkan oleh tekanan perasaan
• Ia membantu anda tidur dengan nyenyak. 

10 petua bagi memiliki jantung yang sihat : 
1. Bersenam sekurang-kurangnya 3 kali seminggu, 30 minit setiap kali 
2. Makan secara teratur dan seimbang 
3. Kekalkan berat badan unggul 
4. Tidak merokok 
5. Menangani tekanan perasaan 
6. Mengawal tekanan darah 
7. Mengawal paras gula (glukosa) dalam darah 
8. Mengawasi paras kolesterol 
9. Melakukan pemeriksaan kesihatan secara berkala 
10. Mengutamakan kesihatan jantung anda pada setiap masa.

PENAWAR ANGIN AHMAR DARI HERBA TASLY

simptom
AWAS!  PENYAKIT ANGIN AHMAR BOLEH MEMBAWA KEPADA KECACATAN KEKAL. IANYA BOLEH BERULANG. DAN IA MEMBAWA MAUT.
Apa itu Angin Ahmar??
Angin Ahmar atau Cerebrovascular Accident (CVA) merupakan keadaan di mana berlakunya gangguan bekalan Oksigen ke bahagian otak yang diakibatkan oleh penyempitan saluran darah atau saluran darah pecah. Ini akan mengakibatkan tisu otak menjadi rosak dan mati akhirnya fungsi otak akan hilang. Angin Ahmar boleh mengakibatkan KECACATAN kekal di peringkat dewasa.

solusi
produk
LANGKAH 1.
GRANUL B-CLEANSING “Kehidupan Tanpa Sakit Kepala”
Chronic Cerebral Circulation Insufficiency (CCCI) merupakan satu keadaan ketidakfungsian otak akibat dari kekurangan peredaran darah ke otak secara berlarutan dan kronik. Punca utama adalah aterosklerosis, arthritis, stenosis arteri dan tekanan darah. Tekanan darah yang terlalu tinggi atau terlalu rendah akan mengganggu pembekalan darah ke otak.
Fungsi Utama Granul B-Cleansing:
  • Mengembangkan salur darah serebral dan menambahkan pengaliran darah
  • Membaiki peredaran serebral dan menambahkan pembekalan oksigen ke otak
  • Melegakan kekejangan salur darah vaskular
  • Mengurangkan Kelikatan darah dan merencat pembentukan trombosis
  • Menenangkan dan melegakan kesakitan
  • Boleh menukarkan indeks hemereologi
Cara-cara konsumsi.
1 bungkus diambil 3 kali sehari. 2 bungkus harus diambil sebagai dos yang pertama. Setiap jangka rawatan ialah 1 bulan. Pengambilan jangka panjang memberi kesan yang lebih baik.
KEBERKESANAN:
Melalui Ujian Klinikal, produk ini terbukti keberkesanannya ke atas kepeningan akibat CCCI ialah 92.3%, 83.3% untuk keadaan berat kepala dan keberkesanan terhadap insomnia adalah 88.2%. Melalui kajian juga mendapati Granul B-Cleansing berjaya mengurangkan tahap fosfatase berakali jenis asid lisofosfatidik dalam darah secara efektif. Secara langsung ianya mengurangkan risiko STROK dan merencat apopotosis.
Keistimewaan: Granul B-Cleansing berkesan dalam jangka pendek, tidak mengandungi glukosa dan sesuai untuk pesakit diabetes.
Ramuan Utama: Radix Angelica Sinensis, Chuanxiong, Radix PaeoniaeAlba, Radix Rehmanniae Preparata, Rumulus Uncariae.
LANGKAH 2:
KAPSUL DANSHEN PLUS ( Pembersih Saluran Darah )
Kapsul ini memperolehi kelulusan dari FDA pada 29/9/1998. Kapsul ini juga dikenali sebagai  “CARDIOTONIC PILLS”. Apabila disebut Cardio secara otomatik kita mengaitkannya dengan jantung. Menurut Kajian Perubatan Klinikal, 40.2% pesakit merasai kesan analgesic yang ketara selepas mengambil Kapsul Danshen Plus. 48% lagi pesakit merasakan kelegaan sakit jantung selepas meletakkan kapsul di bawah lidah selama 3 hingga 8 minit.Kajian Klinikal juga mendapati bahawa kepantasan kesannya setara dengan NITROGLISERIN. Ini bermakna Kapsul Danshen Plus ini mempunyai fungsi dalam KECEMASAN. Penyakit jantung koroner (angina dan serangan jantung) dan angin ahmar dapat disebabkan oleh masalah yang sama iaitu Aterosklerosis yang terjadi ketika arteri yang merupakan media aliran darah menjadi sempit secara bertahap akibat dari penumpukan lemak (ateroma) di dalam dinding arteri tersebut sehingga terjadi penyumbatan aliran darah.
Fungsi Utama Kapsul Danshen Plus.
  • Melindungi dari serangan Angin Ahmar (Strok) – Infarksi otak dikenali sebagai “strok otak”, ini termasuk pembentukan gumpalan darah beku dan embolisasi. Fungsi kapsul Danshen Plus adalah untuk  memperbaiki peredaran darah dengan menyingkirkan stasis darah. Aplikasi Klinikal menunjukkan penggunaan Kapsul Danshen Plus bersama rawatan lain mempunyai kesan yang baik ke atas pesakit Angin Ahmar.
  • Merendahkan paras lipid darah (kolesterol) dan mengurangkan plak dari Arterosklerosis. Kajian keberkesanan telah dijalankan ke atas pesakit arterosklerosis karotid dan hasilnya perubahan ketebalan intima-media karotid (IMT) berkurangan (P<0.05). Begitu juga perubahan Rheologi atau kepekatan darah yang ketara (P>0.05). Bagi pengamal Kapsul Danshen Plus juga paras Lipid Darah berkurangan dengan signifikan.
  • Memperbaiki keadaan Penyakit Jantung Koronari (CHD) – Penyakit Angin Ahmar Mempunyai kaitan langsung dengan penyakit jantung.
  • Merawat Penyakit Diabetes- Kapsul Danshen Plus mempunyai kesan perubahan rheologi darah, ion anti-kalsium, pengurangan trigliserida dan kolesterol. Diabetes merupakan salah satu risiko kepada penyakit Angin Ahmar.
Ramuan Utama: Radix Salvia Miltiorrhizae, Radix Astragalus Membranaceus, Radix Panax Notoginseng.
LANGKAH 3:
KAPSUL DONG CHONG CAO PLUS. (Penggalak Pertumbuhan Sel)
Berfungsi sebagai pengawal aturan dwi-arah yang menyeimbangkan badan secara dalaman. Ianya dikenali juga sebagai rawatan secara ajaib. Cordyceps merupakan satu daripada herba pengawalaturan dwi-arah tersebut, ia berkesan ke atas tekanan darah tinggi dan juga tekanan darah rendah; ia menolong merawat diabetes dengan merendahkan gula dalam darah dan pada masa yang sama membaiki keadaan hipoglisemia untuk mengembalikan tenaga kepada badan; ia boleh meningkatkan fungsi sistem imun dan jua boleh mengurangkan fungsi imunosit tertentu.
Fungsi Utama Kapsul Dong Chong Cao Plus
  • Memperbaiki Fungsi Sistem Pernafasan- Dalam Perubatan Traditional Cina, Cordyceps dikatakan boleh membaiki keadaan paru-paru, merawat asma, menghentikan batuk dan menyingkirkan kahak; ia digunakan untuk merawat batuk kokol dan asma yang disebabkan oleh kelemahan paru-paru dan/atau ginjal. Kajian moden menunjukkan bahawa Cordyceps berfungsi dengan ketara dalam meningkatkan perembesan epinefrin, mengembangkan bronkus, menghentikan asma, menolong mengeluarkan kahak, dsb. Ia juga berfungsi sebagai rawatan sampingan untuk penyakit ko-pulmonal dan kegagalan pernafasan.
  • Meningkatkan dan memperbaiki Fungsi Ginjal- Menurut Perubatan Tradisional Cina, Cordyceps mempunyai kaitan dengan kesihatan ginjal, ia meningkatkan fungsi renal dan membaiki poten lelaki, ia boleh merawat kelemahan ginjal, sakit belakang, dsb. Kajian moden mendapati bahawa Cordyceps membawa kesan baik dalam rawatan kegagalan renal secara mendadak. Dalam rawatan kegagalan renal kronik, ia mengurangkan protein air kencing, kreatinin, serum dan nitrogen air kencing.
  • Meningkatkan Fungsi Seksual- Cordyceps boleh membaiki poten lelaki dan menggalakkan perembesan air mani. Ia lembut dan tidak bersifat panas, sesuai untuk merawat kekurangan  renal, sakit belakang bahagian bawah, mati pucuk, keluaran mani noktunal, ketidakfungsian seksual, kemandulan, dsb.
  • Meningkatkan Sistem dan Fungsi Imunisasi dan Kebolehan Melawan Penyakit- Cordyceps mengawalatur sistem imun secara dwi-arah, fungsi utamanya ialah meningkatkan imuniti; tetapi ia juga mempunyai kesan penekanan ke atas penyakit auto-imuniti. Melalui pelarasan dwi-arah, kebolehan badan melawan penyakit dipertingkatkan. Perubatan Tradisional Cina percaya bahawa Cordyceps bertindak sabagai suatu tonik untuk kesihatan yang kurang baik, ia berkesan dalam menguatkan badan pesakit yang sedang pulih, merawat peluh semasa sejuk, terasa sejuk dan gejala-gejala lain. Oleh itu, Cordyceps boleh digunakan untuk melawan keletihan, ia juga meningkatkan ketahanan fizikal badan dan memberikan perlindungan
  • Pelarasan kepada tekanan darah
  • Mencegah kanser dan mengawal pertumbuhan tumor
Aplikasi yang Bersesuaian :-
  • Kepada mereka yang mempunyai keimunan yang lemah, mudah sakit demam dan mereka yang cepat letih.
  • Sesuai untuk golongan pertengahan usia dan warga tua, mereka yang mempunyai tekanan kerja yang berat, membuat kerja fizikal yang berat dan berbadan lemah.
  • Mereka yang menghidap penyakit ketidakfungsian pulmonary seperti asma , bronchitis kronik, emfisema dan rhinitis kronik.
  • Mereka yang kekurangan fungsi renal yang mendadak atau kronik; atau kegagala fungsi renal, sakit belakang, proteinuria dsb.
  • Pesakit tekanan darah tinggi atau tekana darah rendah.
  • Mereka yang bermasalah dengan ketidakfungsian seksual, kemandulan, mati pucuk dan keluaran mani nocturnal.
Dos yang disyorkan:
2 kali sehari, setiap masa 1 - 2 kapsul perlu diambil dengan air suam sejam sebelum makan.

Kuantiti per botol:
Vegetarian: 100 kapsul, Bukan vegetarian: 100 kapsul
Spesifikasi:
450 mg per kapsul-Meningkatkan Tenaga Dalaman – menghidupkan Vitality
Dong Chong Cao Plus Capsule mengandungi banyak bahan-bahan aktif seperti asid amino, polisakarida, cordicepin, asid cordycepic, ergosterol, trifosfat, SOD (superoxide dismutase) dan unsur surih. Ini produk yang dibuat dari semua tumbuhan herba semulajadi boleh membantu untuk mengawal selia sistem imuniti kita. Ia tidak mengandungi sebarang hormon atau apa-apa bahan hormon lain. Ia juga penting bagi pengawalan rembesan dalaman dan peningkatan fungsi buah pinggang.
PENGAMBILAN KETIGA-TIGA PRODUK SECARA BERSAMA MENINGKATKAN KEBERKESANAN DALAM PROSES PENYEMBUHAN DAN PENCEGAHAN PENYAKIT ANGIN AHMAR (STROK). PRODUK INI JUGA SESUAI UNTUK PENGHIDAP PENYAKIT JANTUNG KORONARI.

TESTIMONIAL 1
Pada tahun 2003 ketika itu umur saya 37 tahun saya telah mengalami penyakit stroke. Pada mulanya saya tidak tahu saya diserang stroke memandangkan saya diantara orang-orang yang sihat dan tidak pernah mengalami penyakit yang serious sebelumnya. Setelah seminggu saya di hospital, baru doktor mengesahkan saya terkena stroke.  Selama hampir sebulan saya dihospital dan tidak boleh berjalan tanpa bantuan kerusi roda atau tongkat. Hari demi hari di hospital adalah hari-hari yang amat mencemaskan buat saya. Satu persatu penyakit baru yang lain mula saya alami ketika itu. Semangat saya berkurangan untuk hidup seperti orang biasa. Tambahan lagi kebanyakan rakan  yang datang menziarahi mengatakan saya akan diserang stroke untuk kali kedua, ketiga seterusnya dan boleh membawa kematian. Cuma isteri saya serta keluarga dapat memberikan saya sedikit kekuatan.
Saya sentiasa rasa pening, pelupa dan hilang imbangan badan. Sebelah kanan badan kurang terasa bila disentuh atau dicubit. Berpeluh pun sebelah badan sahaja, kerap kali terasa semacam luka-luka pedih didalam urat saraf saya. Tengkuk serta belakang saya terasa amat berat serta menebal, Pandangan mata saya sering terganggu. Ubat hospital yang saya makan hanya mampu mengurangkan sakit tetapi susah untuk menyembuhkan.
Kini sudah hampir 7 tahun saya diserang stroke dan penyembuhan penyakit saya  begitu perlahan sekali. Suatu hari saya terbaca kisah mengenai DANSHEN PLUS dari website En Mohd Bhaseer. Saya terus berjumpa beliau. Disebabkan pengalaman penyakit kami hampir sama dan atas penerangan yang diberikan, maka saya berasa yakin dan mula mengambil Danshen Plus dan B-CLEANSING. Saya telah berhenti dari makan ubat hospital ketika itu.
Saya agak teruja apabila kesihatan saya tanpa disedari bertambah baik, badan saya terasa begitu ringan, pergerakan kaki saya bertambah kuat dan mantap walaupun baru ketika itu, hanya SEMINGGU memakan Danshen Plus. Saya terus memakannya sehingga kini penyakit saya telah banyak beransur sembuh .
Ketika testimoni ini ditulis, saya baru memakan Danshen Plus untuk botol yang KEDUA. Saya hanya memakan 2 kapsul sehari sebelum makan malam dan sebungkus B-Cleansing sebelum tidur. Saya begitu gembira sekali lebih-lebih lagi diwaktu pagi semasa bangun tidur. Rasa hendak pitam yang saya alami ketika bangun dari duduk mencangkung yang lama pun sudah tiada lagi. Isteri dan anak saya juga mengambil Danshen Plus sebagai langkah pencegahan.
Saya menjangkakan banyak lagi penyembuhan kepada saya selepas ini, Insyallah. Saya amat bersyukur kepada ALLAH SWT kerana mempertemukan saya dengan Danshen Plus. Nasihat saya kepada anda, peliharalah kesihatan kerana kesihatan adalah kekayaan yang tidak ternilai harganya dan jangan lupa penyakit merbahaya yang sentiasa menimpa orang lain juga tidak mustahil boleh menimpa kita suatu hari nanti. Ambil lah produk TASLY kerana ia berupaya merawati PEMBULUH DARAH kita.
Terima kasih kepada Tasly.
Sekian, Terima kasih.
ABD RAHMAN BIN AHMAD
IPOH.
(Dipetik dari: http://www.herbatasly.com/p/testimoni.html)- Terima Kasih

KESAN SERANGAN ANGIN AHMAR
effects_of_stroke-bm
Berikut adalah faktor-faktor risiko untuk mendapat serangan angin ahmar.
  • TEKANAN DARAH TINGGI – boleh mengakibatkan salur darah dalam otak menjadi rosak.
  • DIABETES – kandungan gula yang tinggi boleh mengakibatkan salur darah menjadi keras
  • MAKANAN BERLEMAK/KOLESTEROL – kolesterol boleh menyempitkan salur darah
  • OBESITI – meningkatkan risiko untuk mendapat darah tinggi.
  • STRESS – apabila emosi tertekan, tekanan darah akan meningkat.
  • MEROKOK – risiko perokok untuk mendapat angin ahmar adalah 3 kali ganda lebih tinggi
Berikut pula faktor penyumbang kepada risiko serangan angin ahmar yang tidak boleh dikawal.
  • UMUR – Berusia 65 tahun dan ke atas lebih tinggi risiko
  • JANTINA – Lelaki lebih mudah terkena serangan angin ahmar
  • SEJARAH KELUARGA – bagi mereka yang ahli keluarga yang mengalami angin ahmar / angin ahmar ringan lebih tinggi risiko
TESTIMONIAL 2
Saya merupakan anak ketiga daripada empat beradik. Anak jati kelahiran Kelantan ini mendapat pendidikan awal di MRSM Pengkalan Chepa. Saya berkelulusan Ijazah Kedoktoran dari Universiti Sains Malaysia, Kubang Kerian.Langit tidak selalunya cerah. Pada tahun 2007 saya telah dimasukkan ke HUKM selepas serangan angin ahmar akibat ketumbuhan yang dihidapi. Saya terlantar di hospital selama 40 hari dan setelah menjalani pembedahan dan diberi rawatan susulan, walaupun saya telah di sahkan hilang upaya di bahagian kanan. Ini telah mangakibatkan pergerakan dan pertuturan saya terbatas. Pelbagai ikhtiar telah dicuba namun hasilnya tidak seperti yang diharapkan.
Penglibatan saya dalam Tasly bermula apabila diperkenalkan oleh En. Abdullah (seorang ahli farmasi negara). Awalnya saya mengakui kurang yakin dengan produk Tasly disebabkan jenamanya yang tidak pernah didengari, harganya yang murah serta kualiti produk yang belum teruji. Persepsi saya mula berubah setelah meneliti buku kajian klinikal yang diringkaskan oleh 382 pengkaji mengenai produk utama Tasly iaitu Kapsul Danshen Plus.
Saya terus mencuba produk Kapsul Danshen Plus ini dan mendapati perkembangan kesihatan saya memberangsangkan. Pergerakan dan pertuturan yang selama ini terbatas mulai beransur pulih setelah mengamalkan produk ini. Ini telah menambah keyakinan saya manjadi pengguna produk Tasly.
 Dr. Mohd Yusly Mohamad Yusoff.
TESTIMONIAL 3
lengkap
Encik Yaw Sin Kin 58 tahun dari Sepang, menghidapi penyakit strok selama empat bulan. Keadaan ini telah mengakibatkan kedua-dua kaki kiri dan tangan kirinya tidak dapat bergerak. Sejak menghidapi penyakit strok, emosinya sangat tidak stabil dan dia berasa sangat tertekan. Selain itu, Encik Yaw juga menghidapi ulser perut. Setiap kali mengambil makanan, dia akan berasa hendak muntah. Jadi, dia hanya dapat mengambil makanan yang lembut dan berbentuk cecair.
Semua keadaan tersebut telah mengakibatkan penurunan berat badan, penglihatan menjadi kabur dan tidak bersemangat. Selepas pengenalan produk Tasly oleh rakan, Encik Yaw telah mula mengambil Tasly Danshen Plus Capsule dan Tasly Camellia Bee Pollen Tea Setiap hari.
Selepas lima hari mengambil produk-produk tersebut, Encik Yaw berasa ulser perutnya telah bertambah baik, malah dia dapat mengambil makanan berbentuk pepejal, seperti nasi dan makanan lain Selain itu, tenaga badannya telah dapat dipulihkan dan dia juga dapat berjalan dengan perlahan.
Selepas sebulan, dia telah dapat berjalan seperti biasa. Tangan kirinya juga dapat digerakkan dan jarinya juga dapat dibengkokkan. Disebabkan seleranya bertambah baik, maka berat badannya telah kembali normal. Encik Yaw berasa semakin bersemangat, dan dia juga berasa lebih bertenaga semasa bercakap serta berjalan.

atau
pakej asing
MAHAL???
Sebenarnya Nilai Kesihatan Tidak Boleh Dibeli Dengan Mana-Mana Matawang Dalam Dunia. Pesakit Angin Ahmar Sekiranya Berumur Panjang, Berpotensi Untuk Menjadi Cacat Seumur Hidup. Mereka Mungkin Perlu Bantuan Sepanjang Hidup Mereka. Kos Rawatan Perubatan Di Hospital Juga Sangat Tinggi. Mereka Mungkin Perlu Berulang Alik Ke Hospital Sepanjang Hayat Mereka. Mereka Juga Perlu Untuk Mengambil Ubatan Dadah Sepanjang Hidup Mereka. Ini Akan Menimbulkan Lebih Banyak Penyakit Baru. Ubatan Dadah Boleh Merosakkan Organ Dalaman Manusia Seperti Hati Dan Buah Pinggang. Ini Bermakna Kos Perubatan Akan Semakin Meningkat. PRODUK HERBA TASLY 100% tidak Mengandungi Dadah, ianya Semulajadi. Mendapat Pengiktirafan Dan Kelulusan dari  U.S FDA. Digunakan di lebih 10 RIBU Buah HOSPITAL di CHINA. Produk Ini Juga Digunakan di Seluruh Dunia Termasuk Negara-Negara Barat Seperti USA dan UNITED KINGDOM. BERILAH PELUANG KEPADA PRODUK TASLY UNTUK MEMBANTU. Kita Hanya Berikhtiar, Hanya ALLAH Mampu Memberi Kesembuhan.



SMS
013-4401019 (Drs Ahmad Zubib-Kulim, Kedah)
013-5144588 (Pn. Hafiza - George Town, Penang)

granul-west
danshen-westdcc-west

PENGIKTIRAFAN PRODUK DANSHEN
PELBAGAI PENGIKTIRAFAN
pengiktirafan
SIJIL HALAL JAKIM DAN KELULUSAN KKM
Sijil-Halal01kkm
 KELULUSAN US FDA
tasly-FDA

DANSHEN PLUS CAPSULE

DANSHEN PLUS CAPSULE

Institut penyelidikan Amerika telah membuktikan bahawa 89% daripada penyakit adalah bermula daripada saluran darah yang buruk. Tubuh manusia mengekalkan kehidupan dengan meminum nutrien organik, ada yang boleh menyelesaikan ke dinding vaskular dalam edaran dan bentuk keladak darah dan pembekuan. Kedua-dua memakai vaskular endothelia dan penuaan saluran darah yang tidak sihat membawa kepada keadaan vaskular, penyakit dan kematian. Oleh itu, kesihatan badan manusia, sedikit sebanyak, adalah terutamanya bergantung kepada yang daripada saluran darah.


Danshen Plus Capsule Memiliki Fungsi
  • Meningkatkan peredaran darah, Membuang lemak darah (kolestrol) dan plak ateroklerosis, melancarkan pembuluh vaskuler, serta melancarkan mikrosikulasi,iaitu jantung manusia kedua.
  • Mencegah penyakit koronori jantung.
  • Mencegah penyakit strok.
  • Menurunkan tekanan darah, kadar lipid darah dan kekentalan darah.
  • Mencegah dan memperbaiki penyakit diabetes yang menyebabkan kegagalan fungsi retina mata dan buah pinggang.
  • Melindungi sel hati.

Danshen Sangat Sesuai Untuk Orang-Orang Yang Mengalami
  • Mikrosikulasi darah yang rosak :

    Membantu memperbaiki pembuluh darah, menjadi bentuk yang normal, mengurangi gejala kebas,sengal-sengal dan sendi-sendi yang sakit.

  • Orang yang menderita jantung koroner :

    Memperbaiki saluran darah ke jantung, mengurangi lelah dan sakit dada.

  • Orang stroke :

    Memperbaiki mikrosirkulasi seluruh badan, mencegah serangan strok berulang kembali dan juga memperbaiki fungsi organ yang telah rosak.

  • Orang yang darah tinggi :

    Menurun dan mengibangkan darah untuk turun.

  • Orang yang kolesterol tinggi dan darah kental :

    Membantu menurunkan kolesterol,kekentalan darah, memperlancar peredaran darah,mencegah terjadinya pembentukan plak.

  • Orang yang menderita Diabetes :

    Mencegah terjadinya dari diabetes, memperbaiki organ yang rusak akibat komplikasi diabetes

Bahan-bahan yang terkandung dalam Danshen Plus Capsule
Kajian klinikal dan penyelidikan saintifik terhadap herba Danshen Plus menunjukkan bahwa gabungan dari bahan - bahan tersebut memberikan khasiat yang lebih kuat dari khasiat yang dirasakan jika hanya dari satu jenis saja. Apabila disatukan bahan - bahan seperti Danshen, Notoginseng, Radix Astragali dan Rosewood maka khasiatnya akan terasa lebih baik. Penelitian menunjukkan tingkat tindakbalas dari kapsul Danshen Plus adalah 95.3% untuk pengubatan koronori dan jantung serta melancarkan saluran darah seluruh badan dan 62.16% untuk perbaikan hasil elektro-kardiogram.

Tasly Danshen Plus Capsule memiliki banyak khasiatnya, di antaranya tindakbalas yang cepat, efisiensi tinggi, dos yang rendah, mudah dimakan, fungsi yang luas, tiada kesan sampingan, dan lain lain.

Oleh kerana keberkesanan Danshen Plus dalam menangani penyakit yang melibatkan kardiovaskular, pihak U.S. Food & Drug Administration (FDA) telah mengiktiraf Danshen Plus ini sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 1997 dan 2011.

Ia juga telah lulus ujian Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (MAL05051150TC) dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia (MALA861380224) serta mendapat Sijil Halal daripada pihak JAKIM
(No. Siri: 014531; No. Rujukan JAKIM / (s) / (22.00) / 492 / 2 / 1054-07 / 2005).