
Ramai pesakit setelah lama memakan ubat atau suplimen tetapi penyakit masih juga tidak sembuh, maka mereka akan salahkan ubat yang dimakan. Yang sebenarnya, bukan salah ubat yang dimakan tidak berkesan atau tidak baik, tetapi zat ubat itu sendiri tidak sampai kepada sel-sel yang memerlukan kerana saluran darah yang tersumbat. Lebih teruk lagi apabila kandungan kolestrol dan gula menjadi tinggi, menyebabkan darah cepat menjadi pekat. Bila darah menjadi pekat disamping saluran darah yang menjadi semakin sempit, lama kelamaan saluran darah akan tertutup terus sehingga menyebabkan penggumpalan (atherosklerosis) berlaku di dalam saluran darah. Jika ia berlaku di dalam saluran darah ke jantung, anda akan mengalami serangan jantung. Jika ini berlaku di dalam saluran yg membekalkan darah ke otak, anda akan mengalami strok.
No comments:
Post a Comment